KRJPJ @ BLoG

Friday, August 24, 2007

Blog Tambahan....

Sebagai perkongsian...Norhazlin's blog: http://kasihkholis.blogspot.com

Tuesday, October 03, 2006

SALAM RAMADHAN



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Assalamualaikum. .Tahukah saudara?

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



Apa Yang Akan Ditanya:

· Dalam sehari ada 24 jam.?

· Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.

· Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

· Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

· Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

· Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.



Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."



Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian Muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insyaallah .




Wassalam

RAMADHAN DATANG LAGI

RAMDHAN DATANG LAGI..

Ramadhan datang lagi,
Kedatanganmu dinanti,
Kehadiranmu diberkati,
Syahdu hati ini,

Ramadhan datang lagi,
Ruang keampunanMu Pasti,
Buat hamba yang insafi diri,
Dengarlah rintihan ini,

Ramadhan datang lagi,
Hati ini merintih syahdu,
Mengingati dosa lalu,
Apakah terampun dosaku,

Ramadhan datang lagi,
Berikan daku kekuatan,
Untukku manfaat segala detik,
Agar datangmu bukan sia-sia.

Ramadhan datang lagi,
Aku serahkan segala amalanku,
Kau hitunglah Ya Allah,
kepadaMu diri ini berserah.

Ramadhan datang lagi..
Pantasnya detik berlalu,
Akan ku pastikan..
datangmu tidak kusia-sia..

Nukilan
Wacanailmu @ Syukur
Cyberjaya
10 Ramadhan 1427 h

Tuesday, September 05, 2006

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)  Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org ketawa) - nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,, just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)
carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walau jarimu terluka
 
Sumber: Smart Intellect


Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail.

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)  Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org ketawa) - nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,, just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)
carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walau jarimu terluka
 
Sumber: Smart Intellect


Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2¢/min or less.

Percubaan

percubaan...

Thursday, February 16, 2006

bicara ilmu..

In NaqibNet-Diskusi@yahoogroups.com, DZ CONSULTANCY
wrote:

Hari ini, Selasa 14 Februari 2006, aku ke USM dan singgah di Perpustakaan Bahagian Penerbitan. Aku sempat bertemu dengan pegawai kanan di sana iaitu encik Nur. Aku ditunjukkan Galeri Buku USM yang baru berumur 2 minggu yang bakal dijadikan tempat pameran pelbagai buku mengikut fokus. Sebagai contoh, di musim Ramadan, galeri ini akan dipenuhi buku-buku dari pelbagai penerbit yang memfokuskan tentang ramadan dan aspek yang berkaitan dengannya, dan begitulah seterusnya.

Kemudian encik Nur berkata kepadaku, "Doktor, saya ingin berkongsi satu maklumat. Baru-baru ini USM terbitkan satu buku yang berkaitan dengan sejarah perjuangan Islam di Malaysia. Baru saja buku ini diterbitkan, sebelum sesiapa pun diberitahu tentangnya, tanpa publisiti, tiba-tiba pihak kedutaan Amerika menelefon untuk membeli buku itu. Saya bertanya kpd mereka untuk apa mereka membeli buku ini. Mereka menjelaskan, ia adalah untuk universiti-universiti utama di Amerika. Jelas sekali mereka ingin terkini tentang maklumat dan ilmu terutamanya yang berkaitan dengan Islam." Adakah umat islam juga seperti ini, ingin terkini dengan ilmu dan maklumat agar usaha dan perjuangan kita lebih kemas....? Yang aku tahu ialah, ketika konsep
'Clash of Civilisations' yang diketengahkan oleh Samuel Huntington telah menguasai ramai tokoh dan politikus barat, ramai pendakwah serta pejuang Islam tidak tahu menahu tentang pandangan ini serta bahayanya hinggalah ke hari ini!
Aku menyedari organisasi Islam mempunyai banyak fokus. Ahli-ahlinya pula memiliki kemampuan yang berbeza-beza. Namun aku meyakini perlu ada sekumpulan intelek dalam organisasi yang diamanahkan secara terancang untuk membaca dan mengkaji idea-idea / pandangan-pandangan terkini, termasuk dari pihak musuh, agar perancangan organisasi Islam akan lebih mantap. Aku yakin ramai yang mengetahui sejarah nabi berhubung dengan hijrah. Ketika nabi dan sahabat Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur beberapa aktiviti penting sedang berlaku di luar Gua ketika itu. Antaranya, anak Abu Bakar yang bernama Abdullah diarahkan agar merisik berita terkini berhubung strategi musuh di kota Mekah untuk diberitahu kepada nabi dan Abu Bakar. Ya, nabi pentingkan maklumat TERKINI tentang musuh. Justeru umat Islam hari ini perlu terkini juga dengan ilmu dan maklumat mereka....

Secara umumnya, membaca adalah penting untuk umat apatah lagi pendakwah Islam. Namun di Malaysia, ramai yang malas membaca. Pakar-pakar buku UNESCO yg bersidang di Tokyo pada tahun 1966 menetapkan matlamat bahawa setiap individu perlu membaca sebanyak 80
halaman setiap tahun. Di Malaysia, dalam kaji selidik tahun 80-an, rakyat Malaysia membaca hanya satu halaman setahun. Fakta ini aku ketahui dari pembacaan Utusan Pengguna Februari, 2003.

Sebenarnya, melalui pembacaan kita mampu mempengaruhi manusia. Aku masih ingat pengalamanku berceramah di sebuah Maktab Perguruan di Sungai Petani. Persatuan Sains Guru-guru pelatih di situ menjemputku berceramah tajuk "Sains Dan Kesejahteraan Sejagat." Aku dimaklumkan bahawa majoriti yg akan hadir ialah dari kalangan yg bukan Muslim. Dalam ceramah itu yg dibantu oleh 'powerpoint presentation,' aku bercakap tentang sains sebagai alat dan manusia yang menentukan bagaimana memacu alat yg bernama sains ini... Kemudiannya aku berkata, "Sebenarnya, perubahan barat menuju era sains dan teknologi tidak akan berlaku tanpa Islam dan umatnya." Tiba-tiba aku terkejut dengan reaksi hadirin. Dewan menjadi hingar seketika. Ramai yang menjuehkan mulut kepadaku. Dari reaksi itu aku memahami yg mereka tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Aku terus tinggalkan LCD dan powerpoint. Ya, aku perlu perbetulkan persepsi mereka terhadap Islam. Terus aku berkata, "Brothers and sisters, if you think that I am saying this out of stupid fanaticism towards Islam, then you are totally wrong. I am saying this after reading books written by non Muslims. Yes, books written by Robert
Briffault titled 'The Making of Humanity', Philip K Hitti titled 'History of the Arabs', Victor Robinson titled 'The Story of Medicine', AM Lothrop Stoddard titled 'The New World of Islam', and many more." Kemudian aku sebutkan satu persatu apa yg penulis-penulis barat ini katakan, bahawa tanpa Islam barat tidak akan keluar dari era kegelapan kpd era kebangkitan yg dikenali sebagai Renaissance. Tiba-tiba dewan menjadi hening. Akhirnya aku mendapat tepukan gemuruh dari mereka. Seorang pensyarah bukan Islam kemudiannya datang menemuiku mengatakan dia akan perbetulkan persepsi salah pelajar-pelajar bukan Islam terhadap Islam berasaskan maklumat yg betul seperti yg aku sampaikan. Alhamdulillah.

Ya, berdakwah itu penting. Yang lebih penting ialah pembinaan kekuatan, terutamanya ilmu dan iman, agar dakwah menjadi berkualiti dan efketif, secara berterusan.

al-Faqir,
DD

Sunday, February 05, 2006

LaporanTOT 1 KRJPJ 2006

LAPORAN INDUKSI/TOT KURSUS ASAS FASILITATOR KELAB REMAJA JIM PJ 2006
TARIKH:5 FEB 2006
TEMPAT:DEWAN SIVIK, MPPJ
MASA:10.00 AM-2.00 PM

PESERTA:
Cikgu Azmi Musa, Ridzwani Lidam, Ruzain Syukur Mansor, Nublan Abd Malek, Abdus salam Anuar, Maryam Madihah Anuar, Siti Hamizah Mohd Jetgeri, Nur Fazila Daud, Siti Salbiah Sahudin, Rozialin Mohamad Yusof, Nur Diyana Mohd Rajuli, NuurQkyrul Suqma Mohd Roslan, Normawati Mohd Kasim, Nadzirah Ahmad basri.

PENDAHULUAN
Siri program latihan fasilitator ini adalah kesinambungan daripada siri-siri latihan penggerak / fasilitator yang lalu dan juga merupakan agenda tetap kelab Remaja JIM PJ. Ianya dilihat amat penting bagi mendedahkan para aktivis dengan kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator yang effektif lantas sebagai persediaan untuk pengendalian program-program motivasi yang berkesan.

PERJALANAN PROGRAM
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Cikgu Azmi sebagai Pengurus KRJPJ dengan penyataan harapannya mahu melihat para fasilitator dapat menggarap ilmu latihan secukupnya.

Seterusnya sesi latihan fasilitator dikendalikan oleh akh Khalid dan Fadzli.Anak muda yang sememangnya berpengalaman tersebut memulakan sesi latihan dengan aspek pengenalan dan ciri-ciri yang harus ada pada seorang fasilitator bagi layak digelar fasilitator ideal.

Agenda seterusnya para peserta dijelaskan tentang pengendalian program bermula dengan upacara perasmian, aktiviti sampingan , dan tugas utama yang harus diketahui oleh fasilitator terutamanya melibatkan pengurusan majlis dan slot-slot program.

Akh Fadhli seterusnya mengambil tempat dengan penerangannya lebih berkenaan tentang modul-modul LDK 1,2 dan 3. Sesi penerangan disusuli dengan penglibatan para peserta samada melalui aktiviti sumbangsaran mahupun demonstrasi. Methodologi tersebut dilihat sebagai amat berkesan sebelum diterjemahkan dalam program motivasi sebenar.

Melalui perkongsian cebisan kisah dan pengalaman mereka mengendalikan program menggunakan modul tersebut nyata banyak membantu pengendalian demonstrasi teknik latihan yang amat berkesan. Interaksi dan respon daripada peserta program yang cukup 'sporting' memudahkan tugas akh Khalid dan Fadhli mengatur bicara dan memudahcara kumpulan kelompok pendakwah muda dari KRJPJ.

Program TOT kali ini juga turut dihadiri oleh akh Mazmi (YDP JIM PJ) yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada para penggerak remaja yang selama ini turut sama merencana agenda melahirkan remaja Soleh wa Musleh. Beliau juga menyentuh sedikit sebanyak peranan remaja atau daie' muda di zaman sahabat yang kental semangat jihadnya.menyedari perubahan masa maka amatlah penting kelompok penggerak remaja yang diwakili KRJPJ untuk terus aktif mencorak langkah dan program seperti ini sebenarnya adalah platform yang tepat dengan turut memberikan kredit kepada pengendali TOT kali ini diatas usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Dalam waktu yang singkat pengendali latihan kali ini menyimpulkan secara ringkas beberapa aspek sampingan seperti pelaksanaan Riadhah, dan juga beberapa nasihat dan tunjuk ajar kepada para fasilitator terutama bagi yang akan menganjurkan program KRJPJ terdekat di TTDI 11-13 Februari ini.

KESIMPULAN
Adalah diharapkan siri-siri latihan fasilitator ini dapat terus diadakan dengan topik-topik yang pelbagai dalam membangun sumber manusia supaya pengendalian program akan lebih succes dan menarik perhatian remaja.Segala kerjasama dari semua pihak termasuk pihak JIMPJ, MPPJ , aktivis krjpj, akh khalid dan fadhli, serta semua yang terlibat menjayakan program ini amat-amat dihargai.

semoga pengendalian program terdekat KRJPJ di TTDI hujung minggu ini akan mencapai objektif yang ditetapkan dan diberkati ALLAh hendaknya.
Sekian, wassalam

Disediakan Oleh
Ruzain Syukur B Mansor

Salam Maal Hijrah 1427

Assalamualaikum..

Tabir Tahun Baru 1427 Hijrah sudah pun disingkap.Hijrah yang seharusnya dilihat dan difahami dari segenap sudut dan penjuru dan bukan hanya difahami sebagai perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain sahaja.

Tema sambutan Maal Hijrah 1427 hijrah - Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah dirasakan begitu tepat dengan gelombang arus kemajuan dunia global.Islam sebenarnya sudah lama mengajak ummahnya menghayati, seterusnya mengembangkan segala bentuk ilmu sebagai satu wasilah merancang kemajuan seterusnyameningkatkan keunggulan Islam itu sendiri.

Sebagai muhasabah tahun baru ini, Marilah kita melihat kembali sejauhmana usaha kita selama ini terhadap amalan menyelidik dan meneroka ilmu pengetahuan sebanyaknya dan sejauhmana ianya disebar juga dipraktiskan agar Islam akan terus dipandang unggul tiada tolok bandingnya.

Salah satu daripada amalan perkongsian ilmu ialah dengan cara book review @ulasan buku.namun dek kepantasan teknologi, internet juga boleh dijadikan gedung ilmu yang begitu luas.apa kata andai ahli group ini berkongsi laman web dgn ahli yang lain dengan menukilkan web review bagi web berguna yang dilayari.

contohnya seperti berikut:

WEB REVIEW

laman web:http://www.ikim.gov.my/

komen@review: laman web ini diselenggara oleh Institut kefahaman Islam M'sia (IKIM) menyediakan artikel dan info Islam terkini , juga memuatkan makluman tentang program penerangan Islam bagi Muslim/non-muslim.Link radio ikim.fm juga turut dimuatkan

Rating:**** (*****=the best)

Nah!! anda sebenarnya bukan sahaja dikategorikan sebagai insan yang cintakan ilmu tetapi sanggup berkongsi dengan khalayak.Semoga anda tampil dengan web review seterusnya .Namun harus juga diakui adakalanya musuh Islam seperti golongan orientalis juga adakalanya menggunakan web bagi menyebarkan ajaran songsang bagi mengelirukan muslim.jadi berhati-hati dalam menyaring maklumat.pastikan maklumat terutama tentang islam tidak menyalahi Aqidah.

Pilihan di tangan anda, sesungguhnya perubahan daripada kejahilan kepada berilmu juga satu HIJRAH yang bermakna..

Salam maal hijrah 1427 dari KRJPJ e-group team

WASSALAM

Saturday, January 28, 2006

Cinta Anta dan Anti

Cinta Anta dan Anti
oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

Thursday, January 19, 2006

Program Motivasi

Assalamualaikum..

Program Motivasi Remaja Islam anjuran KRJ ISLAMIC TRAINING AND CONSULTANCY
Masjid At-Taqwa, TTDI


Tarikh:10-12 Februari 2006
Tempat:Masjid At-Taqwa, TTDI
Peserta:berumur antara 12-17 lelaki dan perempuan
Yuran:RM20
Fasilitator:Mahasiswa/i IPT
Berminat UNTUK SERTAI?
hubungi Urusetia:
Cikgu azmi(012-2590496)
atau hubungi pengurusan masjid At-Taqwa TTDI..
tempat Terhad!!